Persatuan Sukan Orang Pekak Wilayah Persekutuan
Pusat Komuniti Gombak,
Level 1, Jalan Madrasah, Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur
Tel: (03) 9171 0502
Faks: (03) 9171 7502
info@ftsdeaf.org.my
Pengenalan FTSDeaf
Pengenalan
- PERSATUAN SUKAN ORANG PEKAK WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (FTSDeaf) adalah salah satu badan sukan warga pekak peringkat negeri yang ditubuhkan pada 31 Julai 2012 dengan berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) yang menyelaras pembangunan sukan komuniti warga pekak di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- FTSDeaf juga berfungsi sebagai badan penyelaras bagi sukan teras dan sukan pilihan yang dipertandingkan di SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA (SOPMA) pada setiap dua tahun.
- SOPMA adalah temasya kejohanan sukan berprestij tinggi bagi komuniti warga Pekak peringkat kebangsaan di bawah anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) sebagai tuan rumah.
Lambang FTSDeaf
- Tiga gelang bergabung di atas kedua-dua belah tangan merupakan gabungan tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
- Kedua-dua belah tangan berada dalam keadaan genggaman yang dicantumkan,iaitu tangan kanan diletakkan pada tapak tangan kiri. Ianya bermaksud “sukan” dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
- Latar belakang pada kedua-dua belah tangan merupakan sebahagian daripada bendera WILAYAH PERSEKUTUAN yang melambangkan warna utama bendera iaitu merah, biru & kuning.
Objektif
- Untuk menerajui, mempromosi, menggalakkan dan membangunkan sukan komuniti warga Pekak di peringkat negeri;
- Untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat-bakat baru;
- Untuk memilih atlet bagi mewakili negeri Wilayah Persekutuan dalam mana-mana pertandingan sukan orang Pekak peringkat kebangsaan;